sniperkenyalang

Rabu, 5 Mac 2014

TIPU LAGI!!!???


Kau ada??


 Lelegup Pantai - Setelah dibicarakan atas tuduhan menipu kerajaan Dragon Ball membabitkan pembelian tanah seluas 333.3 hektar berjumlah RM1.00 bagi projek Zon Bebas Merokok(PZBM), bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr.Ik Kau Aku akan mengetahui nasibnya sama ada disabitkan atau dibebaskan daripada pertuduhan itu, Jumaat ini.


Tertuduh yang diwakili peguam Dik Kamu didakwa atas tuduhan menipu kerajaan Dragon Ball dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah milik Sangkai Temuai Sdn. Bhd. (STSB) di Lelegup Pantai, Dragon Ball bagi projek PZBM.


Bekas Presiden PSB itu pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen Coca-cola pada 29 March 2010 dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini untuk dibicarakan.

Bagi tuduhan utama, Ik Kau Aku didakwa dengan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah 0.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah yang berasaskan RM0.50 sekaki persegi iaitu RM1,00 sehingga mendorong Jemaah Menteri memberi persetujuan membeli tanah tersebut.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh puluh enam tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara bagi dua pertuduhan pilihan pula, Ik Kau Aku didakwa telah menipu kerajaan dengan cara yang serupa.


Di peringkat pembelaan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Ma Kin Ngai; bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abi Ke Diak; dan bekas Menteri Sumber Kapal, Tan Sri Dr. Jil-Jil telah tampil memberi keterangan.
Yang turut menjadi saksi pembelaan ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Seri Stella Philip dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Welson Maling.Persoalannya..siapa yang tertipu?aku?kamu?mereka?dan Lain-lain?haaaaa.....kau ada???tipu lagi!!